Wednesday 24 February 2010

Deedat Ke-2



Seorang doktor perubatan melalui latihan profesional, Dr Zakir Naik telah terkenal sebagai penceramah antarabangsa yang dinamik berkenaan Islam dan Perbandingan Agama. Dr Zakir Naik menjelaskan segala pandangan dan membersihkan kesalahfahaman tentang Islam, menggunakan Al-Quran dan Hadis Sahih serta kitab-kitab agama lain sebagai asas di dalam menghubungkannya dengan akal, logik dan fakta-fakta sains.

Dr Zakir popular dengan analisis kritis dan jawapan yang meyakinkan atas soalan-soalan mencabar yang diajukan oleh pendengar selepas ceramah umumnya. Beberapa tahun sebelum ini sejak tahun 2002, Dr Zakir Naik telah mengadakan lebih daripada 600 ceramah umum di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain, Afrika Selatan, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan negara-negara lain, di samping ceramah-ceramah umum di India.



Dia telah berjaya menyertai beberapa simposium dan dialog dengan tokoh terkemuka agama lain. Dialog terbuknya dengan Dr William Campbell (USA), tentang topik, "Al-Quran dan Injil mengikut perspektif Sains" yang diadakan di bandar Chicago, Amerika Syarikat, pada tarikh 1 April 2000 adalah sebuah kejayaan yang besar bagi Umat Islam.



Sheikh Ahmed Deedat, penceramah terkenal di dunia berkenaan Islam dan Perbandingan Agama, yang menggelar Dr Zakir "Deedat tambahan" pada tahun 1994, mengnyampaikan sebuah plak/lencana pada Mei 2000 sebagai penghargaan kepada Dr Zakir Abdul Karim Naik atas prestasinya di bidang Dakwah dan Kajian Perbandingan Agama dengan ukiran "Anakku, apa yang telah anda lakukan dalam masa 4 tahun telah membawa saya selama 40 tahun untuk menyelesaikannya, Alhamdulillah."



Dr Zakir Naik sering muncul di banyak saluran tv antarabangsa melalui lebih daripada 100 buah negara di dunia. Beliau sering dijemput untuk wawancara tv dan radio. Lebih daripada 100 perbincangan, dialog, perbahasan dan simposium dirakam di video kaset, video cd dan kaset. Beliau juga telah menulis buku-buku tentang Islam dan Perbandingan Agama.



Untuk berhubung:

Dr Zakir Abdul Karim Naik
President, Islamic Research Foundation (IRF)
56/58 Tandel Street (Utara), Dongri, Mumbai - 400 009 (India)
Tel: (0091-22) 23736875 (8 baris). Fax: (0091-22) 23730689

Kehadiran Dr Zaki Naik ke Kaherah. Majlis bersama beliau akan diadakan pada malam ini (25 Februari 2010)di Masjid Madinah Munawwarah, Hayy Sabi (jalan Dar Salam). Masa: selepas maghrib. Semua dijemput hadir!!

9.54pagi
11 Rabiul Awal 1431H
Ribat 203

Tuesday 16 February 2010

Faqih Maliki

Ada seorang ulama Al-Azhar As-Sharif yang begitu hamba segani. Berada dihadapannya, cukup membuatkan hamba rasa malu. Wajahnya yang bercahaya, menyejukkan mata yang memandang, menjadikan hati semakin tenang. Renungan yang lahir dari sekilas pandangan...semakin menambah sayang.




Nama beliau: Al-Allamah Ad-Doktor Ahmad Ali Taha Rayyan
Tarikh lahir: 10 Februari 1939
Tempat lahir: Luxor,Qina, Republik Arab Mesir

Pencapaian ilmiah: -selesai menghafaz Al-Quran dan asas-asas ilmu di Soeed, Mesir.
-mendapat Syahadah Ibtidaiyah dari Maahad Balsofurah dan Syahadah Thanawiyah dari Maahad Dini, kedua-duanya di Soeed, Mesir.
-membuat Master di Kuliah Syariah dan Qanun di Universiti Al-Azhar. Seterusnya mendapat PhD (first honor) dari kuliah yang sama dalam bidang Fiqh perbandingan
-dilantik sebagai pembantu profesor pada 1980 dan sebagai profesor dalam Fiqh Muqaran pada 1985

Begitu banyak penghargaan dan pengiktirafan dari dalam mahupun luar negara telah beliau perolehi. Namun, segalanya sama sekali tidak dapat menggoyah dan mempengaruhi pendirian mahupun ijtihad beliau di dalam sebarang permasalahan yang timbul. Yang benar dijulangnya tinggi dan yang batil hancur dilumatnya dengan ilmu dan dan hujah, beralaskan adab dalam khilaf.

Beliau dijolok dengan gelaran Imam penduduk Mesir dalam Mazhab Al-Imam Malik dek kepakaran beliau dalam mazhab tersebut.

Tawadhu' yang beliau pamerkan sudah cukup mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara dan kehidupan akhirat adalah untuk selamanya.



zikir adalah nafasnya...



hamba pernah berguru dengan beliau ketika berada di tahun 1, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan profesor dalam jurusan Fiqh Perbandingan. Hamba kini, masih menuntut dengan beliau akan Kitab Hashiyah As-Sowi 'ala Tafsir Al-Jalalain di Mudayafah Sh. Ibrahim setiap Ahad sejurus Solat Asar.

Semoga Allah memelihara syeikhuna, memberi rahmat dan berkat kepada beliau serta menjadikan kami anak-anak muridnya yang beradab dan beradab dengan sekalian ilmu yang diperolehi...amin!!

Hingga kini, hamba tidak dapat lupakan pesanannya ditahun 1,
"طلب العلم لا بد بالتلقي"
menuntut ilmu mestilah dengan bertalaqqi

3 Rabiul Awal 1437H
Ribat 203