Tuesday, 16 February 2010

Faqih Maliki

Ada seorang ulama Al-Azhar As-Sharif yang begitu hamba segani. Berada dihadapannya, cukup membuatkan hamba rasa malu. Wajahnya yang bercahaya, menyejukkan mata yang memandang, menjadikan hati semakin tenang. Renungan yang lahir dari sekilas pandangan...semakin menambah sayang.




Nama beliau: Al-Allamah Ad-Doktor Ahmad Ali Taha Rayyan
Tarikh lahir: 10 Februari 1939
Tempat lahir: Luxor,Qina, Republik Arab Mesir

Pencapaian ilmiah: -selesai menghafaz Al-Quran dan asas-asas ilmu di Soeed, Mesir.
-mendapat Syahadah Ibtidaiyah dari Maahad Balsofurah dan Syahadah Thanawiyah dari Maahad Dini, kedua-duanya di Soeed, Mesir.
-membuat Master di Kuliah Syariah dan Qanun di Universiti Al-Azhar. Seterusnya mendapat PhD (first honor) dari kuliah yang sama dalam bidang Fiqh perbandingan
-dilantik sebagai pembantu profesor pada 1980 dan sebagai profesor dalam Fiqh Muqaran pada 1985

Begitu banyak penghargaan dan pengiktirafan dari dalam mahupun luar negara telah beliau perolehi. Namun, segalanya sama sekali tidak dapat menggoyah dan mempengaruhi pendirian mahupun ijtihad beliau di dalam sebarang permasalahan yang timbul. Yang benar dijulangnya tinggi dan yang batil hancur dilumatnya dengan ilmu dan dan hujah, beralaskan adab dalam khilaf.

Beliau dijolok dengan gelaran Imam penduduk Mesir dalam Mazhab Al-Imam Malik dek kepakaran beliau dalam mazhab tersebut.

Tawadhu' yang beliau pamerkan sudah cukup mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara dan kehidupan akhirat adalah untuk selamanya.



zikir adalah nafasnya...



hamba pernah berguru dengan beliau ketika berada di tahun 1, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan profesor dalam jurusan Fiqh Perbandingan. Hamba kini, masih menuntut dengan beliau akan Kitab Hashiyah As-Sowi 'ala Tafsir Al-Jalalain di Mudayafah Sh. Ibrahim setiap Ahad sejurus Solat Asar.

Semoga Allah memelihara syeikhuna, memberi rahmat dan berkat kepada beliau serta menjadikan kami anak-anak muridnya yang beradab dan beradab dengan sekalian ilmu yang diperolehi...amin!!

Hingga kini, hamba tidak dapat lupakan pesanannya ditahun 1,
"طلب العلم لا بد بالتلقي"
menuntut ilmu mestilah dengan bertalaqqi

3 Rabiul Awal 1437H
Ribat 203

No comments:

Post a Comment